Thursday, February 4, 2010

TANDA TANDA KEMATIAN

TANDA-TANDA KEMATIAN UTK ORG ISLAM Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama’ adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali Rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapisakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika ImamAhmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan : TANDA 100 HARI SEBELUM MATI. Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. TANDA 40 HARI SEBELUM MATI Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. TANDA 7 HARI SEBELUM MATI Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. TANDA 3 HARI SEBELUM MATI Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. TANDA 1 HARI SEBELUM MATI Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. TANDA AKHIR. Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. PENUTUP Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata- mata.

Friday, May 2, 2008

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal..Bacalah Dengan Penuh Keinsafan

Mak..... Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari..... Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....
Mak tau tak..... itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa..... dan itu juga terakhir kali nya. Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh..... nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....
Mak macam dah sedia..... Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai..... Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.... tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..... kakak pun rasa hairan..... mak tak penah buat gitu.....
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak..... tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ...... kengkadang siaran indonesia ...mak terus tekun menganyam...Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2.... pastu mak jemur karpet-karpet. .. pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong.. rupanya kat situ jenazah mak diletakkan.
Paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak.. ada kat dalam almari..... ada kat dalam dalam beg..... ada dalam ASB..... ada kat dalam Tabung Haji.. mak cakap tak berapa cukup lagi.... ada kat dalam gulung tikar.....
Masa tu mak perasan takk..?? kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa... mak cuma gelak jer... eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..
Mak..... Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut..... bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk..... mak tetap takmau pi hospital.... . dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk.. Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... . tapi kiter berkeras juga pujukk.. nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak.. kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju... ..mak memang degil.. tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk.... mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakitkami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital....
Mak..... ampunkan kami semua... kami nak mak sihat... kami sayang mak... kami tak mau mak sakit... kami terpaksa juga hantar mak ke hospital.... ampon kan kami yer mak....
Mak..... Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter... Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta.... Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt.. kiter jawab pula...kalau tak cukup, mak kan banyak duit... mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter sampai....mak buat kenduri kesyukuran.. .... Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor..... Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak..... Bila balik sahaja kampong....kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj..... Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanya kenapa...? Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....
Mak....tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau... Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar... mak, kiter menipu mak kan ...ampon kan kiter.... Mak..... Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006 Bila tiba aja kat hospital.... nurse tengah balut mak dengan kain putih..... mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital... Mesti mak nampak abang cium dahi mak..... Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak.... Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu... mesti mak nampak semua tu kann...kann...kann
Mak tau tak.... Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar... Adik kat sebelah diam melayan perasann... Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini... jalan di depan terasa makin kelam..... airmata dah tak mampu di tahan.... Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela... Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga... di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong. ...sekosong hati ini..... Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ...... terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....
Mak..... Kiter masih ingat lagi... Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak... Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ..... Anak2 mak yang pangku masa mak mandi.... Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak..... Kiter gosok kaki mak perlahan lahan..... Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter..... Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.." Bila makcik tu kata gitu... lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....
Mak..... Sampai takat ini surat ni kiter tulis..... kiter nangis ni..... Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi.... Takder orang yang bangun lagi..... kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...kiter rindu kat mak..! Takpa la....nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca yassin untuk mak... mak tunggu ya..!Mak.. Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... . Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir.... Semua orang kata mak seolah2 senyum aja... Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak.... kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk..... Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak daya.... kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar... Airmata kiter tak boleh tahan.... Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak... tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah.... Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik... badan akak terasa panas... makk...anak mak yang seorang tu demam....
Mak tauu...cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. . Mak..... Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi... Begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata... Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib... Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. .... entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...semakin kiter tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...kiter cuba bertahan... memujuk diri sendiri tapi tak juga reda... Kiter rasa nak telefon mak... nak cakap dengan mak.... anak mak yang ni dah tak betul kan ...?Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong... Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...Puas la kakak memujuk kiter... Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.." Dan akhirnya akak juga nangis.....
Mak tau tak..di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati... rasa nyilu sangat... menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni.... Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....
Mak.... cukup la sampai sini dulu.... kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu.... kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid... selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan .... kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak... esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula.... Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...pastu kawan kiter bgtau...simpan je buat kenangan..Kiter cuma tau alamat ni aje... Takper yer mak...kiter kasi orang lain baca... Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama tunggu tu... akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter... memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah.. sampai masuk unibesiti.. sampai kiter boleh rase naik kapal terbang... boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih,Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

Thursday, April 3, 2008

7 Perkara Ganjil Yang Pernah Dialami oleh Seorang Penggali Kubur

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.
Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"
Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."
Jawab ahli ibadah tersebut "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."
Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.
Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"
Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.
Setelah anda membaca kisah ini. Sampaikan atau hantarkan kepada sahabat dan rakan-rakan anda. Mudah-mudahan amalan baik yang sedikit ini diambil kira oleh Allah Taala di Akhirat kelak. Amin.

Wednesday, April 2, 2008

Talkin Untuk Diri Kita

Talkin yang dibaca utk orang yg meninggal dunia di terjemahkan dalam Bahasa Malaysia.
Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri. kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah.. WALLAHU A'LAAMM.
Bismillahhirrahmannirrahim. Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat AllahTaala..
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawabersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah kamu berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
*Mereka berkata: ~Siapakah Tuhan kamu? ~Siapakah Nabi kamu? ~Apakah Agama kamu? ~Apakah kiblat kamu? ~Siapakah saudara kamu? ~Apakah pegangan iktikad kamu? ~Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?*
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini: ~Allah Taala Tuhanku, ~Muhammad nabiku, ~Islam agamaku, ~kitab suci Al-Quran ikutanku, ~Baitullah itu kiblatku, ~malahan solah limawaktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. ~Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, ~bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar. Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhanakan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu. Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin. Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut" Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr Dari Abdullah bin 'AmrR.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupunpun satu ayat.

Renungkan Sejenak

Renungkan dan lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka.....
Pernahkah anda menatap orang-orang ,yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.
Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.
Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.
Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda.... Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.
Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu... Ayah, Ibu, Suami, isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya... Rasakanlah sensasi yang timbul Sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar. Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah KITA.....
Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita. Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "

Kekuatan Minda Bawah Sedar